Salam,
Berikut ialah sebahagian jenis-jenis gelang kristal yang telah disiapkan baru-baru ini:-

Jenis Buah Kristal Bulat yang berwarna warni di hiasi dengan juntaian buah kristal ‘Clear’ berbentuk hati.
Harga: RM64 (Tidak termasuk kos penghantaran)
Status stok: Ada

Jenis Buah Kristal Bulat yang berwarna hitam ‘Rainbow’ di hiasi dengan juntaian buah kristal hitam cerah berbentuk hati.
Harga: RM65 (Tidak termasuk kos penghantaran)
Status stok: Ada

Jenis Buah Kristal Bulat yang berwarna hijau ‘Pucuk Pisang’ di hiasi dengan juntaian buah kristal berwarna sama berbentuk hati.
Harga: RM65 (Tidak termasuk kos penghantaran)
Status stok: Ada
Untuk rundingan harga, sila SMS kan ke 019-3804151.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila emailkan ke: abeemonster@yahoo.co.uk
Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
Salam,
Saya memang ada menyediakan tempahan khas untuk kristal AB ini, sama ada gelang tangan, gelang kaki mahupun rantai leher, tapi buat masa sekarang saya hanya mengambil tempahan secara kecil-kecilan lantaran kaki tangan yang tidak mencukupi.
Anda boleh memilih warna batu kristal, bentuk, dan panjang seperti yang anda inginkan. Caj? Masih lagi dibawah RM100:) Penghantaran bergantung pada anda, sekiranya anda ingin kan yang murah, saya akan menggunakan Pos Ekspress, dan apa yang istimewanya berurusan dengan saya ialah JAMINAN 7 HARI yang saya tawarkan:)
Apa itu Jaminan 7 Hari?
Maknanya, sekiranya berlaku sebarang kecacatan pada kristal yang saya hantar atau panjang nya tidak mencukupi, saya akan memperbaiki atau menambah bilangan buah kristal TANPA SEBARANG KOS! Apa yang perlu di lakukan hanya melampirkan gambar kristal itu dan email kan kepada saya di : abeemonster@yahoo.co.uk sebagai bukti. Dan beri saya 3 hari dari tarikh penghantaran email anda untuk meneliti kecacatan tersebut.
Wasalam.
Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
Salam,
Perbezaan yang amat ketara di antara kristal tulen dan palsu ialah “Kilauannya”. Buah kristal yang bermutu rendah memang berkilau ketika kali pertama kita membelinya, tapi lama kelamaan kilauan akan pudar atau kusam.
Saya pernah memperbaiki kristal seorang pelanggan saya, dan ternyata dia telah membeli seutas gelang kristal yang bermutu rendah, kilauannya amat kusam dan saya telah menambah batu kristal saya ke atas gelang tersebut dan ternyata amat berbeza sekali:)
Wasalam
Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
Salam,
Mengenai produk kristal saya ini, buah @ batu nya di perbuat dari jenis AB iaitu dari jenis yang bermutu tinggi dalam kelasnya dan di ikat dengan suasa (18 karat emas). Jadi memang susah nak luntur:) kalau kita pandai menjaganya, antaranya elakkan memakainya ketika pergelangan tangan berpeluh (maksud saya dalam peluh yang banyak) dan elakkan daripada terkena minyak wangi, kerana minyak wangi mempunyai agen yang boleh mempercepatkan proses kelunturan tersebut.
Bolehkah batu kristal di ikat dengan emas?
Jawapannya sudah tentu boleh, tetapi amat mahal harganya (boleh mencecah RM100-RM200) kalau anda mampu:)
Sekian dan sekiranya anda mempunyai persoalan boleh lah sms kan soalan anda ke :019-3804151 atau anda ingin berminat untuk menjadi pengedar bagi barangan ini. Harga boleh dirunding:)
Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
Ramai sebenarnya mengajukan pertanyaan sedemikian kepada saya, mengapa saya memilih bisnes ini dan bukan perniagaan lain. Walaupun saya sedia maklum kebanyakan perniagaan kristal di pelopori oleh golongan wanita. Biar saya jelaskan, memang saya antara orang yang inginkan kelainan dalam apa jua yang saya lakukan. Di samping itu, kesedaran orang ramai tentang potensi bisnes ini agak kurang. Saya pernah menjual kristal di tempat saya berkerja, dan percaya atau tidak saya beroleh keuntungan dalam masa kurang 4 hari RM500! Itu hanya di tempat saya berkerja, bagaimana kalau saya mengembangkannya di luar pula?
Pasal orang ramai terutamanya wanita yang gemar berfesyen akan dapat menilai mutu kristal sebenar. Di samping itu, ada juga yang datang kepada saya mengatakan harga kristal saya jauh lebih rendah dari yang terdapat di kedai aksesori. Perbezaan harga antara RM50-60! Mengapa? Kerana mereka membelinya dari pihak ketiga, sedangkan saya membeli ‘loose parts’ dari filipina dan memasangnya sendiri. Saya hanya mengambil upah buah kristal (ikut bentuk), suasa (18 karat) dan upah pasang.
Insyallah sekiranya ada kelapangan, saya akan posting lagi pada masa yang akan datang
Wasalam
Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
Kristal merupakan antara aksesori wanita yang unik namun ramai yang kurang mampu memilikinya lantaran harga yang mahal di pasaran. Seutas gelang tangan kristal boleh mencecah RM100++ di pasaran malaysia bergantung pada kualiti, saiz dan rekabentuk. Berikut adalah jenis-jenis kristal yang biasa kita lihat di pasaran hari ini:-


Insyallah di posting yang akan datang saya akan menerangkan pula jenis-jenis kristal dan bagaimana menilai mutu kristal dan juga keasliannya.
Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
Selamat datang ke blog pertama saya bumibiz.com. Blog ini saya buat untuk mewujudkan komunikasi 2 hala di antara pembeli dan penjual. Di samping itu saya juga mewujudkan blog ini adalah untuk memperdagangkan barangan kristal dengan harga yang cukup istimewa dan saya yakin golongan berpendapatan rendah juga mampu memilikinya. Pada ‘post’ yang akan datang saya akan menerangkan secara terperinci lagi mengenai produk saya. Terima Kasih.
Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.